Thursday, December 25, 2008

Idea penyelidikan

1. Sebelum membuat penyelidikan hendaklah niat ikhlas.

2. Niat ikhlas kerana Allah s.w.t.

3. Lihat masalah yang ada dan cuba solat hajat mohon kepada Allah s.w.t. untuk mencari jalan penyelesaiannya.

4. Rangkakan langkah-langakah penyelesaiannya.

5. Turun padang dan dapatkan maklumat dan tulis cadangan-cadangan.

6. Kemudian rangkakan proposal penyelidikan untuk membuat kajian lanjutan.

Saturday, December 6, 2008

Masjid Sebagai Medium Komunikasi

Pendahuluan
Setiap hari umat Islam mengerjakan solat di Masjid sebanyak lima kali, subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Setiap kali mereka datang ke masjid mereka akan beramah mesra dengan jammah yang lain. Selain daripada itu mereka akan mendengar isu-isu semasa yang diperkatakan dan dipaparkan di papan kenyataan masjid. Ini menjadikan ahli jamaah peka dengan perkembangan semasa.

Pernyataan kajian
Rasulullah s.a.w. telah mendirikan masjid yang pertama yang terkenal dengan nama Masjid al Nabawi di Madinah al Munawwarah. Masjid ini pernah disabotaj oleh orang munafik dengan mendirikan masjid alternatif yang disebut sebagai Masjid al Dhirar. Allah s.w.t. memerintahkan supaya masjid itu dirobohkan.

Sehingga kini hanya Masjid al Nabawi sahaja yang dijadikan pusat rujukan dan menjadi tumpuan umat Islam di seluruh dunia. Masjid ini menjadi sumber maklumat semasa sejak dari zaman nabi s.a.w. hinggalah sekarang ini.

Di zaman Rasulullah s.a.w. baginda bersolat bersama-sama sahabat dengan berjamaah. Selepas bersolat baginda akan berbincang dengan para sahabat isu-isu semasa. Maklumat akan tersebar melalu aktiviti solat berjamaah.

Kini masjid disediakan papan kenyataan yang memudahkan umat Islam atau para jamaah untuk mendapatkan maklumat semasa. Mereka boleh mendapatkan maklumat tentang kesihatan, politik semasa, pasaran saham, bank, promosi jualan, bomba, polis, kehakiman, undang-undang dan sebagainya.

Pernyataan Masalah
1. Kini kita melihat ramai daripada kalangan masyarakat Islam yang masih tidak terdedah dengan maklumat terkini walaupun telah ada media massa seperti tv, radio, sms dan sebagainya.

2. Perkembangan baru mengenai keputusan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dapat dihebahkan dengan segera kepada masyarakat masih tidak sampai kerana masalah tidak semua masyarakat mengikuti rancangan tv, radio, media massa dan sebagainya.

3. Masyarakat kurang memahami hasrat kerajaan atau maklumat semasa. Walaupun terdapat iklan di kain rentang tetapi masih ramai masyarakat yang kurang memahaminya seperti masalah rokok, dadah, arak, pelacuran, zina dan sebagainya.

4. Jabatan kerajaan atau swasta yang ingin berinteraksi terus dengan masyarakat menghadapi masalah kerana tidak ada satu media yang boleh menyalurkan informasi berkenaan.

Objektif kajian
1. Kajian ini ingin mencari satu penyelesaian dengan menjadikan masjid sebagai saluran perdana menyampaikan maklumat kepada penduduk.

2. Ingin menjadikan masjid sebagai pusat rujukan kepada penduduk setempat. Dengan cara ini mereka dapat menghadirkan diri ke masjid

3. Mencari jalan supaya setiap sektor atau jabatan akan berfikir tentang destinisi masjid sebagai pusat hebahan maklumat terkini.

Kaedah Kajian
1. Kajian keperpustakaan dengan mengkaji dari al Quran, al Hadith dan kitab-kitab muktabar tentang sejarah masjid sebagai pusat media masyarakat.

2. Membuat kajian lapangan dengan mendapatkan sampel kajian melalui temubual dan analisis data menggunakan SPSS.

3. Dapatan kajian itu akan digunakan di masjid-masjid untuk mendapatkan tindak balas masyarakat untuk dibentuk satu model.

Organisasi tajuk
1. Bab Pertama
Pendahuluan

2. Bab Kedua
Konsep

3. Bab Ketiga
Permasalahan

4. Bab Keempat
Metodologi Kajian

5. Bab Kelima
Analisis Data

6. Bab Keenam
Penutup

Bab Pertama
Pendahuluan

01. Perintah mendirikan masjid
02. Sejarah mendidikan masjid
03. Program yang diadakan
04. Fadilat mendirikan masjid
05. Fadilah mengimarahkan masjid
06. Program-program yang dilakukan di masjid
07. Larangan di masjid
09. Masjid Dhirar
10. Program pengajaran
11. Program hari kebesaran
12. Menyambut tetamu
13. Untuk ibn sabil (musafir)
14. Majlis akad nikah
15. Mahkamah
16. Latihan perang
17. Pengurusan jenazah
18. Masjid sumber rujukan dan perbincangan
19. Khutbah Jumaat
20. Khutbah hari raya eidul fitri
21. Khutbah hari raya eidul adhha
22. Pusat perkumpulan masyarakat setempat
23. Aktiviti masyarakat setempat
24. Maslah masjid hari ini

Bab Kedua
Konsep Masjid Sebagai Medium Komunikasi

01. Sejarah Rasul s.a.w. berkomunikasi di Masjid
02. Perintah Allah s.w.t. berkomunikasi
03. Khutbah Jumaat, Eidul Fitri, Eidul Adha, Gerhana
04. Pusat pengajaran
05. Pusat pendidikan atau tarbiyah
06. Mesyuarat Masyarakat
07. Latihan Seni Mempertahankan Diri
08. Papan kenyataan
09. Kuliah Maghrib dan Subuh
10. Syarahan Bulanan
11. Anjuran Kursus
12. Fungsi Menara
13. Hebahan semasa

Bab Ketiga
Permasalahan Medium Komunikasi

01. Maslaah kemiskinan
02. Maklumat tidak difahami.
03. Masyarakat yang berselerak.
04. Maklumat semasa cepat menjadi lapok.
05. Maksud pemberi maklumat tidak diterangkan.
06. Maklumat semasa tidak dibincangkan.
07. Masyarakat hendaklah sentiasa dipaparkan maklumat berkenaan.
08. Masalah buta huruf dalam masyarakat.
09. Undang-undang semasa tidak diketahui dengan jelas.
10. Golongan tertentu sahaja yang mentahui maklumat.
11. Media pemerintah kurang ditonton kerana mengutamakan hiburan.
12. Arahan pemerintah masih kabur.
13. Peluang baru untuk masyarakat setempat masih terkebelakang.
14. Tiada sumber rujukan bagi masyarakat setempat.
15. Tiada saluran khusus antara rakyat dengan pemerintah.
16. Tiada maklumat secara percuma untuk masyarakat setempat.
17. Tiada saluran khusus rakyat kepada pemimpin secara terbuka.
18. Komunikasi sehala tidak dua hala.
19. Tahap pendidikan masyarakat masih rendah.
20. Rakyat tercari-cari medium dengan kerajaan, ngo dan agensi-agensi lain.

Last update: 9 Disember 2008